Maaf sangat kalau lambat masuk entri. Malam tu ada ceramah berkenaan pluralisme agama. Tak ingat la siapa penceramahnya...Oh! Mohd Farid Mohd Shahran! Dia la yang tulis buku pasal pluralisme agama. Ok..Ok...Terima kasih, roommate ku...hihi...Ok, berbalik kepada tajuk kita. Pluralisme...agama...hmm? Sama ke dengan kepelbagaian agama? Tak, tak, tak, tak. Tak sama...Kepelbagaian agama tu....misalnya, dekat negara kita ni...ataupun boleh kita kata di dunia ni ada macam-macam agama. Ada Islam, Hindu, Buddha, Atheis, Kristian, dan sebagainya. Itu kepelbagaian agama. Faham, kan? Kalau tak faham boleh bagitahu. Kita sama-sama belajar. Okey, berbalik pula kepada tajuk kita iaitu pluralisme agama. Pluralisme agama ni merupakan aliran falsafah di mana semua agama itu dianggap sama. John Hick, seorang intelektual dan ahli teori kristian, yang mentakrifkan makna pluralisme agama ini sebagai 'kewujudan pelbagai agama yang merupakan penjelmaan dari tindak balas manusia yang pelbagai terhadap Hakikat yang sama'. Ada tiga prinsip pluralisme agama yang diketengahkan oleh Peter Bryne iaitu;1. Semua agama sama dalam merujuk kepada tuhan yang sama. Tiada agama yang benar.
2. Semua agama sama dalam menjanjikan keselamatan kepada pengikutnya (human salvation). Dalam erti kata lain, jalan yang digunakan berbeza-beza tetapi menuju ke destinasi yang sama.
3. Semua agama mempunyai maklumat yang terhad tentang tuhan. Walaubagaimanapun, pembaca sekalian, dalam Islam, ilmu tentang ketuhanan dah cukup dah. Ada dalam al-Quran. Siapa tuhan kita...kenapa kita diciptakan...bagaimana sifat-sifat tuhan kita, adakah sama atau berbeza....semuanya dalam kitab al-Quran. Nak tahu, bacalah. Tak baca, tak dapatlah tahu.
Kadang-kadang dekat tv ada dialog atau perdebatan agama. Molekla tu. Mana tahu dapat menarik orang bukan Islam terhadap keindahan Islam. kita digalakkan menghormati agama lain tapi jangan sampai mengorbankan akidah kita. Akidah ni bukan benda yang boleh dibuat main-main, tau! Akidah tu ibarat kita memegang tali atau pegangan sepanjang hidup kita. Pernah tak para pembaca sekalian tertanya-tanya...kenapa atau bila masanya perdebatan agama ni wujud? Dah lama ke...baru je? Haa...ni nak bagitau ni. Asalnya, perdebatan agama ni dimulakan oleh orang kristian pada peristiwa Second Vatican Council 1990. Puncanya sebab ramai penganut kristian katolik mula menganut mazhab protestan. Maka, dari situlah bermulanya dialog agama bagi meraih semula pengikut-pengikut mazhab katolik. Bukan setakat yang protestan sahaja, orang bukan Islam yang lain termasuklah orang Islam pun dia nak tarik minat juga. Nauzubillahiminzalik....Dalam surah al-Kafirun ada menyatakan cara bertoleransi dengan orang bukan Islam dan orang kafir. "Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukme agamamu, dan untukku agamaku." Kesimpulan daipada ayat di atas adalah kita harus menghormati agama lain tetapi jangan sampai akidah kita dikorbankan. Seorang kafir/orang bukan Islam pernah datang bertemu dengan baginda Nabi Muhammad S.A.W. untuk membuat pertukaran agama dengan baginda tetapi idea tersebut ditolak.
Berkenaan dengan isu kalimah Allah pula, sebenarnya ia melibatkan isu penyalahgunaan bahasa. Kalau disemak dalam kamus Oxford ke...kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ke...Kamus elektronik Besta? Aish, termasuk juga la tu. Kalimah Allah...Allah merupakan tuhan kepada orang Islam jika dilihat dalam kamus. Orang Kristian nak terjemah perkataan lord / god dalam bahasa melayu...umumnya, god tu kalau diterjemah dalam bahasa Melayu pun maksudnya tuhan. God itu kata nama am. Allah itu kata nama khas. Apa pula hukumnya kalau kalimah Allah digunakan untuk tujuan sebegitu? Haram! Haram?? Kenapa? Sebab apabila kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada sesuatu selain Allah (contohnya seperti patung sesembahan...) hukumnya tak boleh! Tak boleh maksudnya haram. Haram maksudnya tak boleh. Hal ini bukannya dapat mendekatkan diri kepada Islam tetapi semakin membuatkan kita keliru. Hati-hati!
Penulis buku Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami ini ada juga mengatakan ramai yang Atheis di Barat dan gereja hanya sebagai lambang kemegahan sahaja sewaktu zaman kegemilangan sejarah. Orang Kristian jarang masuk gereja. Selalunya mereka ke gereja pada hari ahad. Hari lain tak tahu. Wallahua'lam....yang baik itu dari Allah, yang kurang itu dari saya sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pluralisme agama, anda boleh dapatkan buku hasil penulisannya berjudul 'Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami'.




