About Me

My photo
Merupakan manusia biasa. Suka menulis bila ada idea.

Sunday, 2 February 2014

Wajarkah Kesan Sejarah Dihapuskan?

Tadi saya ada kelas Bahasa Arab. Sambil-sambil belajar tu, ustaz ada juga beritahu mengenai sejarah di Saudi. Katanya, kebanyakan tinggalan sejarah di situ  banyak yang telah dimusnahkan termasukla yang berada di kawasan Makkah dan Madinah. Adapun macam istana khalifah dibina semula dan dibuat dengan binaan yang baru. Alhamdulillah, kesan peninggalan sejarah Nabi Muhammad S.A.W masih selamat disimpan di Turki. Aneh juga....kenapa perlu musnahkan kesan-kesan sejarah tersebut sedangkan bangsa-bangsa lain seperti Jepun dan lain-lain masih menyimpan khazanah sejarah sehingga sekarang? Jawapannya hanya kerana satu sebab sahaja. Syirik. Mereka menganggap kita seolah-olah hendak menyembah kesan-kesan peninggalan sejarah tersebut walhal kita cuma mahu melihatnya sahaja. Misalnya jika kita ingin melihat Makam Hijr Ismail. Jika cerminnya berhabuk atau berdebu, kita mestila hendak mengelap cermin itu supaya kita boleh melihatnya, bukan? Sayangnya, pada pendapat mereka, itu adalah perbuatan syirik. Entahla, ustaz kata barangkali mereka terlalu berpegang teguh kepada fahaman wahabi agaknya. Agaknye la...wallahua'lam...hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi apa yang saya dapat pengajaran dari cerita ini, kita seharusnya mengekalkan peninggalan sejarah terutama sejarah-sejarah nabi. Generasi akan datang mungkin percaya akan cerita atau sejarah bangsa lain sebab meraka ada bukti tapi bagaimana pula dengan sejarah-sejarah Islam? Takut-takut kalau mereka menganggapnya sebagai mitos. Macam mana pula hendak buktikan kepada mereka kalau bendanya sudah tiada. Khuatir mereka menyangka sejarah Islam direka-reka sahaja. Kalau ada sebarang komen atau maklumat tambahan, dipersilakan kongsi.

No comments:

Post a Comment