About Me

My photo
Merupakan manusia biasa. Suka menulis bila ada idea.

Thursday, 6 February 2014

Harvest Moon: A wonderful Life

                    Adapun sempat main game Harvest Moon masa Tahun Baru Cina yang lepas. Baru tengah syok nak main, tiba-tiba dah nak dekat balik asrama. Hmm...tak apa la...Benda tu bukannya wajib pun. Ada cuti lagi, main la puas-puas. Sebenarnya tak habis main pun lagi. Asyik ulang je. Kononya tukar strategi baru.Hmm..... sampai bila pun tak habis gamenya kalau macam ni. Baiklah, game Harvest Moon ni macam game sosial juga tapi lagi best daripada main game sosial Sims tu sebab karakternya pun comel- lote belaka. Betul! Ok, itu pendapat saya. Pendapat orang lain, saya tak pasti. Kalau Sims ada interaksi antara manusia, game ni pun ada juga. Mula-mula pernah juga main Sims tu tapi...keseronokannya sementara sahaja. Lepas tu tak tahu nak buat apa dah.

Berkebun...........
Haha. Sepadan dengan namanya, mestilah kena berkebun, kan? Sayur-sayur yang ditanam mengikut musim. Kalau tak ikut musim, tak dapatlah hasilnya kecuali benih buah-buahan, itu tak perlu ditanam mengikut musim. Kalau tanam musim panas ke, musim sejuk ke, pokoknya tetap akan tumbuh, berbeza dengan benih sayur-sayuran. Dah dapat hasilnya, bolehla dijual samada di pasar (lokasi antara hotel/Inn dengan kedai minuman. Lebih kurang bawah sebuah pokok yang dekat dengan kebun orang lain.) Atau pun, nak jual melalui Takarura pun bole. Masukkan sahaja hasil-hasil kebun ke dalam bakul di bilik stor (kalau tak silap la...)

Pasangan hidup.............
Selain misi memajukan kebun yang di berikan oleh mendiang ayah si watak utama, tak salah kalau sambil-sambil tu mencari pasangan hidup. Ada empat calon anak dara yang boleh dipilih.  Kalau boleh, cuba la cari yang boleh membantu di kebun.

Nami
-Seorang gadis yang pendiam dan........agak misteri. Pemalu juga sedikit. Tinggal di hotel/Inn
-Suka: Barang-barang bersejarah atau fosil kecuali intan permata
-Kelihatan agak kelakian sedikit. 

Celia
-Gadis yang bekerja di kebun Vesta
-Suka: Bunga
-Nampak santun dan lemah-lembut

Muffy
-Pekerja Bar atau di kedai minuman Blues...(kut...)
-Suka: Intan Permata dan bunga
-Tampak seperti anak dara bergaya

Karakter atau penampilan anak nanti bergantung kepada jantina. Anak perempuan mewarisi wajah ayahnya tapi kalau anak lelaki, dia akan nampak sama macam ibunya.

Lumina
-Anak orang kaya yang tinggal bersama nenek dan pembantunya di sebuah villa
-Suka; Bunga
-Benda yang tak disukai; Susu
-Kelihatan seperti gaya budak sekolah dan dia memang masih kecil dan terlalu muda.

Kuda
Penat berjalan? Nak cepat sedikit? Cuba beli ayam betina seekor. In shaa allah, anda akan mendapat seekor kuda, hadiah pemberian Takarura. Sedikit peringatan di sini, kalau kita beli ayam betina seekor di alam realiti, perkara ni tak mungkin berlaku kerana ini hanya sekadar permainan sahaja, ye... :) peace!


Nak duit lebih?
Cuba bantu seorang lelaki ni...(maaf, lupa la nama dia.) di tempat galian. Dia tak beri upah tapi dengan hasil fosil semua tu, kita boleh jual dengan harga yang lumayan. Ada yang murah sikit, ada yang mahal tapi ok la buat tambah duit kocek (duit kocek yang dalam game ini ye...) hehe...

No comments:

Post a Comment