Abby Fana merupakan seorang penyampai radio Sinar fm dan pernah menjadi seorang pengacara di MHI (Malaysia Hari Ini).Perperwatakannya yang sempoi dan berkeyakinan tinggi menarik minat para pelajar UIA. Adapun bengkel yang diadakan di IIUM/UIA ini bertujuan untuk membina keyakinan diri terutama di kalangan para pelajar dalam berbahasa Inggeris. Katanya, dia juga seorang yang pemalu pada waktu ketika dulu tetapi akhirnya, berjaya mengatasi sikap tersebut. Beliau pernah menemani rakannya untuk uji bakat dan tiba-tiba, namanya dipanggil. Dari situlah bermulanya titik perubahan diri Cik Abby Fana. Pengalaman-pengalaman yang dikongsi oleh Abby Fana sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada dan meniupkan semangat ke dalam diri kami. Bahasa Inggeris juga penting dan itu merupakan sebahagian kemahiran yang perlu kita miliki. Kenapa? Sebab apabila kita masuk ke alam pekerjaan kelak, kemahiran ini akan digunakan apabila berkomunikasi dengan pelanggan, hal-hal urusan pejabat dan sebagainya. Bila hendak membuat pembentangan pun, kita akan gunakan bahasa kedua ini juga. "Kalau awak pandai berbahasa Inggeris, In shaa allah, majikan tersebut akan pilih awak." Katanya. Tipulah kalau kita tak rasa cemburu bila orang lain dilantik atau dipilih oleh majikan untuk bekerja di sesebuah syarikat. Kan? Betul tak? Mungkin orang tu tak la fasih sangat tapi siapa tahu kalau dia cuba, lama-kelamaan, dia akan terbiasa dan siapa sangka kemahirannya semakin lama semakin mantap. Kan? Alah bisa tegal biasa. Orang lain boleh tolong kita mana yang patut tetapi selebihnya adalah pada diri kita sendiri.
Maaf sangat kalau gambarnya tak berapa nak jelas. Ok, yang berdiri di tengah itulah Abby Fana. Ada beberapa tips yang dikongsi oleh Cik Abby Fana untuk mahir berbahasa Inggeris. Antaranya ialah:
1) Bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tak kisahlah kalau ada kesalahan sekalipun, asalkan cuba. Kalau salah, boleh diperbetulkan. Ya, tak?
2) Bergaul dengan orang bukan Melayu. Err...ini bukanlah wajib tapi...bila kita berkawan dengan orang bukan Melayu, kita akan terdorong sama untuk berbahasa Inggeris seperti mereka walaupun tak selancar mana tapi, lebih baik kita laukan satu demi satu secara istiqamah.
3) Periksa kamus. Kalau ada perkataan atau kita ingin menggunakan perkataan sinonim, semak kamus. Ok...kalau bukan kamus pun, alat-alat elektronik lain pun boleh juga seperti Kamus Besta, Google Translate dan sebagainya. Sekarang kan zaman IT, tak semsetinya cuma guna kamus. Alternatif pun banyak sekarang ni.Ada orang tertanya-tanya...nak buat apa belajar bahasa Inggeris? Ha...macam saya sebutkan tadi, kita memerlukan bahasa ini di alam pekerjaan kelak. Selain itu, kalau anda melancong ke New Zealand, mereka pasti akan menggunakan bahasa Inggeris cuma loghatnya agak berbeza sedikitlah agaknya berbanding dengan orang British atau Amerika. Tapi...kalau mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu...alhamdulillah, senanglah urusan. Lagi satu kelebihan kemahiran berbahasa Inggeris, bila kita dengar lagu Inggeris, kita boleh faham maksud lagu tersebut dan kita tak akan menyanyi atau 'ter'nyanyi lagu tersebut. Sebab apa? Sebab ada lagu-lagu Inggeris ini yang mempunyai unsur Atheism. Tak pastilah kalau ada yang unsur Polytheism tapi sesetengah lagu mempunyai unsur ini. Atheism ialah perkara yang menentang konsep ketuhanan, konsep syurga, neraka, dan sebagainya. Na'uzubillahiminzalik... Oh, ya! Aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini ialah melaksanakan kempen. Pelajar perlu membangkitkan isu yang ingin diketengahkan tapi mesti tiada unsur sensetiviti seperti politik atau sebagainya.
Kumpulan telah pun dibahagikan sehari sebelum bengkel bermula. Ada lebih kurang 11 kumpulan bertanding untuk membangkitkan isu masing-masing tetapi hanya beberapa orang ahli sahaja yang akan membentangkan kempen tersebut. Ye la...kalau ade sepuluh orang ahli, takkan la semua sekali naik, kan? Kalau hantar wakil, senang la sikit. Hehehe. Antara isu diketengahkan oleh mahasiswa ialah wi-fi, taman kampus, kad matrik dan kad outing. Majlis bersurai lebih kurang jam satu setengah. Para pemenang mendapat hadiah dan isu yang dibangkitkan oleh mereka akan disampaikan ke pihak atasan UIA, In shaa Allah...

